Wednesday, March 14, 2012

Teringat pesan iman,

“Seseorang itu memerlukan seseorang yang lain adalah untuk saling

menguatkan antara satu sama lain dalam perjalanan ke syurga Allah.”

Ketika tujuan itu menjadi arah kita,

Aku sentiasa percaya bahawa akan benarlah,

Jalan sebuah KEKELUARGAAN,

Jalan sebuah PERSAUDARAAN,

Jalan sebuah PERSAHABATAN,

Dan jalan sebuah PERCINTAAN..























demonoid, descargar ares, ares
Tiap-tiap hari,

manusia itu berjalan.

Setapak demi setapak menuju Tuhan,

Walaupun manusia itu, seringkalinya pejam.

Angkuh sungguh duhai si manusia,

Rasa bersayap,

bebas berkhayalan syurga,

Sang Pencipta diturunkannya takhta,

Istana syurga dibakarnya dari jauh,

AgamaNya, ditinggalkannya mengeluh.

Tenggelam jua dalam dunia,

lemas, tak lagi menyahut seruan.


Tapi,

manusia itu akan terus berjalan,

Di atas persimpangan, sering menukar destinasi.

Sekejap menjadi taat, sekejap menjadi terbuang,

Semalam mengangkat iman, esok memuja syaitan.

Sebelum akhirnya tiba di sana,

Tampar pipi sendiri,

Kembali mengenali diri,

Lakar kisah ketaatan, bakar episod hitam,

Agar terjarak dari neraka,makin mendekat ke syurga.


Ayuhlah,

yang bernama manusia!!























cooking games, descargar ares, ares























megaupload, descargar ares, ares























wallpaper, descargar ares, ares